<$BlogRSDUrl$>

Monday, May 08, 2006

UFO, Bigfoot, Makhluk Asing dan Komet 



Allah SWT ada menerangkan dalam Al Quran bahawa selain manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, ada ciptaan lain iaitu Malaikat dan Jin. Oleh itu saya tidak menolak terus jika UFO dan makhluk asing itu adalah jin dan kenderaannya, malah mungkin juga malaikat yang kadang-kala menunjukkan kehadirannya.

Walaupun begitu, selagi tidak ada bukti yang amat nyata seperti UFO mendarat di khalayak ramai atau makhluk asing bersemuka dengan manusia terang-terang dan dilapurkan dalam CNN, BBC dan sebagainya, saya masih kurang yakin cerita-cerita UFO dan tidak akan menggembar-gemburkan mana mana cerita UFO atau makhluk asing.

Begitu juga dengan Bigfoot. Banyak cerita mengenai Bigfoot Johor umpamanya, tetapi sampai sekarang tidak seekor pun dapat ditangkap. Entah siapa yang sedang mengaut untung dengan cerita Bigfoot di Johor ini. Malah ada yang akan menerbitkan buku tak lama lagi!

Lain pula mengenai bencana alam. Jika ada kemungkinan akan terjadi, lebih elok jika kita bersiap sedia dari tidak. Jika betul terjadi kita bersedia, jika tak jadi, Alhamdulillah. Dalam perkara berkaitan, di sini saya beri link terbaru mengenai huraian terperinci Eric Julien mengenai komet SW-3 yang akan menghampiri bumi tak berapa hari lagi. Semoga tak jadi.........

http://savelivesinmay.com/part3.htm


++++++++++++++

Monday, April 24, 2006

Komet 73P/Schwassmann-Wachmann 



Ada sebuah komet sederhana besar sedang melintasi sistem solar. Komet ini telah beberapa kali melintasi sistem solar, tetapi kali ini ada sedikit kelainan. Ia akan datang seperti sekumpulan lebah, kerana pada tahun 1995, ia pecah berderai tanpa sebab!

Komet ini yang diberi nama 73P/Schwassmann-Wachmann akan melintasi paling hampir dengan bumi pada 14hb Mei depan. NASA memberi jaminan bahawa komet ini tidak akan berlanggar dengan bumi. Walaupun begitu, NASA juga mengakui bahawa mereka tidak dapat menjejaki kesemua serpihan komet ini! Setakat ini mereka hanya dapat mengawasi 19 serpihan tetapi tidak menyangkal bahawa ada banyak lagi yang lebih kecil yang tidak dijejaki.

Pada masa yang sama, seorang bekas pengawal trafik udara tentera udara Perancis dan pengurus kanan lapangan terbang, Eric Julien telah membuat kajian sendiri mengenai komet ini dan pasti bahawa satu serpihan akan melanggar bumi pada 25hb Mei ini! Katanya, serpihan itu akan jatuh di Lautan Atlantik dan akan membunuh berjuta manusia melalui kejadian tsunami setinggi 200m!

http://releases.usnewswire.com/GetRelease.asp?id=63973

Apakah benar ini akan berlaku. Marilah berdoa semoga ianya tidak benar, tetapi pada masa yang sama insaf bahawa kehidupan di dunia ini bila-bila masa boleh musnah jika dikehendaki Allah SWT.


++++++++++++++

Tuesday, April 18, 2006

Pendedahan 9/11 



Sudah beberapa kali saya menulis mengenai 9/11. Saya telah butirkan agak terperinci mengenai pembohongan besar kejadian tersebut dan bagaimana ianya adalah didalangi oleh pemerintahan Bush sendiri.

Kini, setelah hampir 5 tahun kejadian, semakin ramai yang sudah meragui kesahihan cerita rasmi "pengganas Islam" yang melakukannya. Namun begitu, masih ada manusia-manusia bangang yang masih yakin itu semua perbuatan "pelampau Islam".

kini, seorang bekas penasihat Bush sendiri akan tampil ke depan dan membongkar rahsia bahawa kejadian 9/11 ini adalah didalangi oleh Bush dan kuncu-kuncunya. Dr Morgan Reynolds, bekas penasihat ekonomi Department of Labor pemerintahan Bush akan memberi satu ceramah khas mengenai pembohongan 9/11 pada 6 hb Mei ini di University of Wisconsin.

Dr Reynolds menegaskan bahawa kedua-dua bangunan WTC hanya akan runtuh jika diletupkan secara sistematik. Jumlah minyak kapalterbang tidak cukup untuk meleburkan keluli rangka bangunan sehingga bangunan rebah. Tidak pernah ada bangunan tinggi yang runtuh akibat kebakaran sebelum dan selepas 9/11. Antara kandungan hujah-hujah beliau adalah seperti berikut:-

"Reynolds argues that the Twin Towers and World Trade Center Building 7 were destroyed in a manner that can only be explained by controlled demolition with pre-planted explosives-which should not be surprising, since no steel framed high-rises have ever collapsed in the way the three World Trade Center buildings did for any other reason. In his article "Why Did the World Trade Center Skyscrapers Collapse?" Reynolds writes that among the many features of the WTC demolitions that suggest explosives, rather than jet-fuel fires, are:

1. Fire had never before caused steel-frame buildings to collapse except for the three buildings on 9/11, nor has fire collapsed any steel high rise since 9/11.

2. The fires, especially in the South Tower and WTC-7, were small.

3. WTC-7 was unharmed by an airplane and had only minor fires on the seventh and twelfth floors of this 47-story steel building yet it collapsed in less than 10 seconds.

4. WTC-5 and WTC-6 had raging fires but did not collapse despite much thinner steel beams (pp. 68-9).

5. In a PBS documentary, Larry Silverstein, the WTC lease-holder, recalled talking to the fire department commander on 9/11 about WTC-7 and said, ".maybe the smartest thing to do is pull it," slang for demolish it.

6. FEMA, given the uninviting task of explaining the collapse of Building 7 with mention of demolition verboten admitted that the best it could come up with had "only a low probability of occurrence."

7. It's difficult if not impossible for hydrocarbon fires like those fed by jet fuel (kerosene) to raise the temperature of steel close to melting.

Professional demolition, by contrast, can explain all of these facts and more. Demolition means placing explosives throughout a building, and detonating them in sequence to weaken "the structure so it collapses or folds in upon itself". In conventional demolitions gravity does most of the work, although it probably did a minority on

9/11, so heavily were the towers honeycombed with explosives.

1. Each WTC building collapse occurred at virtually free-fall speed (approximately 10 seconds or less).

2. Each building collapsed, for the most part, into its own footprint.

3. Virtually all the concrete (an estimated 100,000 tons in each tower) on every floor was pulverized into a very fine dust, a phenomenon that requires enormous energy and could not be caused by gravity alone (".workers can't even find concrete. 'It's all dust,' [the official] said").

4. Dust exploded horizontally for a couple hundred feet, as did debris, at the beginning of each tower's collapse.

5. Collapses were total, leaving none of the massive core columns sticking up hundreds of feet into the air.

6. Salvage experts were amazed at how small the debris stacks were.

7. The steel beams and columns came down in sections under 30 feet long and had no signs of "softening"; there was little left but shorn sections of steel and a few bits of concrete.

8. Photos and videos of the collapses all show "demolition waves," meaning "confluent rows of small explosions" along floors (blast sequences).

9. According to many witnesses, explosions occurred within the buildings.

10. Each collapse had detectable seismic vibrations suggestive of underground explosions, similar to the 2.3 earthquake magnitude from a demolition like the Seattle Kingdome (p. 108).

11. Each collapse produced molten steel identical to that generated by explosives, resulting in "hot spots" that persisted for months (the two hottest spots at WTC-2 and WTC-7 were approximately 1,350o F five days after being continuously flooded with water, a temperature high enough to melt aluminum (p. 70). ("Why Did the Trade Center Skyscrapers Collapse?" by Morgan Reynolds: http://nomoregames.net/index.php?page=911 )


++++++++++++++

Friday, April 07, 2006

Gila 


Pianka

Kita selalu terjumpa orang kurang siuman di jalanan kota maupun di desa-desa. Mereka kekadang bercakap sendiri dan kekadang cuba bercakap dengan kita. Kita hanya mampu mendengar tetapi tidak akan mengambil serious perbualan mereka. Bagi kita, apa yang mereka cakap itu tidak benar atau tidak masuk akal. Dalam Islam sendiri, orang-orang begini bebas dari semua kewajiban mematuhi segala perintah Allah SWT. Contohnya, tidak sah solat mereka dan tidak pula berdosa jika mereka meninggalkan solat.

Tetapi, jika seorang itu bertampilan kemas, bekerja tetap dan mempunyai "title" professor, apapun yang diketengahkanya akan diterima bulat-bulat. Walaupun teori atau ideologinya itu sebenarnya GILA.

Pada awal bulan Mac lepas, seorang saintis Amerika bernama Prof Eric Pianka telah di anugerahkan "2006 Distinguished Texas Scientist" oleh Texas Academy of Sciences. Dia dia diberi anugerah tersebut atas kajiannya bagaimana 90% penduduk dunia(5 billion) perlu dihapuskan untuk mengawal bilangan penduduk dunia. Kajiannya menunjukkan AIDS, kebuluran dan peperangan telah gagal megurangkan penduduk dunia dengan cepat. Baginya, virus Ebola yang dapat disembur dari udara adalah yang terbaik.

Bagi kita, orang yang mencadangkan membunuh hampir kesemua manusia adalah orang gila. Membunuh satu orang pun, tanpa sebab, adalah dosa besar, tambahlah lagi 5 ribu juta orang. Bukankah itu kerja gila?

Malangnya, professor gila ini diberi anugerah pula, dan setelah dia mencadangkan Ebola sebagai virus pilihan, semua yang hadir bangun dan memberi tepukan gemuruh yang berpanjangan.

Mungkin selama ini telah ada saintis, ahli politik dan orang-orang atasan yang mempunyai ilham yang sama untuk membunuh seramai manusia yang mungkin demi alam sekitar dan sebagainya. Bezanya, mereka ini tidak diberi peluang dan galakkan sebegini rupa. Tiada anugerah dan tiada tepukan bergemuruh. Kejadian awal Mac di texas ini telah menunjukkan bahawa pemikiran manusia telah berubah dan cadangan membunuh manusia beramai-ramai bukan lagi angan-angan gila.

Ramai penuntut yang belajar di bawah Pianka begitu menyanjunginya. Ada salah seorang menulis di dalam internet bahawa cadangan Pianka itu begitu bernas. Ada yang menyanjungnya sebagai tuhan! Apakah salah seorang dari penuntut Pianka ini akan suatu hari masuk makmal dan mula mencari virus Ebola paling mustajab dan juga jalan terbaik menyembur virus ini ke seluruh dunia? Apakah ada pihak atasan akan mula memberi peruntukkan wang untuk usaha gila ini? Semuanya tidak mustahil sekarang.


++++++++++++++

Tuesday, March 28, 2006

Gerhana Matahari 29hb March 2006 



Besok, satu gerhana matahari penuh akan berlaku dan dapat dilihat dari timur Brazil, Afrika, Turki, Kazakhstan, Russia hingga ke Mongolia. Ianya akan bermula lebihkurang jam 6 petang waktu Malaysia.

Ramai di Turki sudah mula resah dan gelisah kerana pada gerhana matahari yang lalu iaitu dalam tahun 1999, satu gempabumi besar telah berlaku seminggu kemudian mengorbankan puluhan ribu manusia. Walaupun pakar kajibumi cuba menerangkan bahawa tiada kaitan antara gerhana dan gempa, masih ramai yang gusar. Malah, ramai yang kini memasang khemah di luar rumah kerana takut akan berlaku gempabumi.

Kejadian gerhana matahari dan gempabumi 1999 adalah secara kebetulan. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa gerhana bukanlah petanda atau alamat sesuatu.

Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat. Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-

Definasi Kusuf dan Khusuf

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.

Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.

Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!

Kaifiyat Solat Gerhana

Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)

Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)

Pertama : Cara yang biasa

Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.

Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal

Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.

Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.

Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana

Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap

Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.

Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat

Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.

Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.

Mandi Sunat Gerhana

Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.



--------------------------------------------------------------------------------

Biografi

1. Al-Feqhul Minhaji, karangan Profesor Mustafa Al-Khan dan sahabatnya, Darul Qalam

Alih bahasa: Syai


++++++++++++++