Tuesday, March 07, 2006

Lagi Pasal Harga Minyak 



Maaf, lama tak update. Kena pergi outstation.

Sekarang ni hampir semua orang(kecuali segelintir) masih terkejut dengan kenaikkan besar harga petrol, disel dan gas memasak. Ramai yang membantah, ramai juga yang menyokong.

Saya telah pun menulis mengenai mekanisma harga minyak dan subsidi tak lama dulu. Ianya tidak lain hanyalah mengenai cara kita harus membayar harga minyak kepada syarikat-syarikat minyak. Ia adalah dengan kita membayar harga sedikit murah semasa membeli minyak dan membenarkan kerajaan menggunakan segumpal wang kita yang dikutip melalui cukai untuk melengkapkan harga tersebut kepada syarikat-syarikat minyak. Kini, dengan kita kena membayar lebih di stesen minyak, makin sedikitlah jumlah gumpalan wang kita yang harus dibayar oleh kerajaan kepada syarikat minyak. Dengan itu juga, lebihlah jumlah wang kita yang masih di genggaman kerajaan. Harapan kita semoga wang tersebut akan digunakan secara bijak dan benar-benar membantu rakyat.

Bagi pihak yang menyokong kenaikkan harga minyak, mereka selesa jika wang rakyat dalam simpanan kerajaan digunakan untuk projek-projek kerajaan.

Bagi pihak yang menentang, mereka lebih selesa wang tersebut pergi ke tempat yang mereka memang tahu, iaitu untuk membeli petrol, disel dan gas memasak.

Bagaimana dengan para pembaca? Di pihak manakah anda?


++++++++++++++

Comments: Post a Comment