Friday, February 03, 2006

Perumpamaan Macam Kereta 



Tadi khutbah Jumaat masjid KLCC menyentuh tentang bagaimana mengejar ekonomi semata-mata telah melekakan umat Islam moden. Tanpa iman dan taqwa, segala pencapaian akan hancur juga akhirnya. Kerana nafsu mengejar ekonomi dan hiburan, umat Islam mengambil perintah Allah SWT hanya separuh-separuh seperti yang terjadi kepada kaum Yahudi yang dilaknat. Walaupun rukun Islam dikerjakan iaitu mengucap, solat, puasa, membayar zakat dan pergi haji, tetapi riba, arak dan maksiat tidak diharamkan. Hukum-hakam Islam tidak dilaksanakan. Ini akan mengundang hukuman dari Allah SWT.

Memang telah lama kita perhatikan fenomena ini. Yahudi Zionist telah lama mencucuk jarum halus bahawa tiada apa yang lebih bernilai dari ekonomi dan teknologi. Kononnya bagaimana nak sembahyang kalau masjid kecil dan tak selesa? Nah, masjid sekarang amat besar-besar hingga "lembut lutut" warga emas untuk naik turun tangga atau kerana terpaksa berjalan jauh dari tempat wuduk ke dewan solat umpamanya. Masjid- masjid besar, selesa tersergam indah ini tidak juga penuh.......
Yang "laku" masih juga masjid-masjid kecil kampung yang kadang-kadang hanya berdinding kayu.

Dalam kontek mengejar ekonomi ini, saya suka membuat perumpamaan mengejar ekonomi itu seperti memandu kereta. Pandangan arus perdana adalah bahawa Islam itu adalah enjin pemacu kereta tersebut. Tetapi seperti yang kita dapat lihat, manusia yang bukan Islam pun boleh maju ekonomi dan teknologi. Ini adalah kerana pemacu ke arah ini adalah nafsu. Peranan Islam sebenarnya adalah sebagai 1)stering dan 2)brek! Malangnya kereta yang kita pandu sekarang mempunyai dua enjin(nafsu dan Islam) dan tanpa stering dan brek! Alamatnya eksiden lah nanti....

Sesiapa yang menyokong dan juga yang membangkang silalah beri buah fikiran anda.


++++++++++++++

Comments: Post a Comment