Tuesday, February 07, 2006

siapakah kaldai di Sarawak Tribune yang terikut-ikut rentak barat?
Mengapakah suratkahabar-suratkhabar Eropah begitu beria-ia ingin menyiarkan kartun yang melakarkan wajah Rasulullah SAW sambil menghina baginda? Pada pendapat saya, alasan "kebebasan akhbar" adalah cuma helah untuk menutup satu agenda yang lebih besar.
Apakah agenda tersebut? Mungkin kerana dengki, atau kerana di bawah perintah syaitan, media barat ini cuba membawa Islam ke arah apa yang telah terjadi kepada ugama Yahudi dan Kristian, iaitu caca-merba. Kita boleh lihat betapa ugama Yahudi dan Kristian sudah tiada lagi kesuciannya akibat ianya boleh dipersendakan sewenang-wenang oleh orang-orang mereka sendiri. Berapa kali kita lihat filem-filem barat menggunakan Nabi Isa dan Nabi Musa sebagai watak utama, malah dalam filem berbentuk komedi juga. Kehidupan kedua dua nabi ini sering dipersenda seperti kejadian membelah Laut Merah sering dipermain-mainkan. Untuk mereka, bukan setakat nabi, tetapi Tuhan juga boleh dipermain-mainkan. Entah berapa banyak kartun, filem, buku, iklan, lirik, video, teater dan bermcam-macam lagi yang mempersendakan nabi Musa, Isa dan Tuhan.
Maka sekarang, mereka rasa masanya telah tiba untuk Islam menyertai kelab mereka ini. Sakit mata mereka melihat bagaimana umat Islam begitu berhati-hati dan amat menjaga kesucian Islam dengan cara kita menjaga bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT, Rasullullah SAW dan Al-Quran. Kita adalah harapan terakhir umat manusia dalam menjalani hidup teratur dan "complete" dari segi fizikal dan mental. Maka kebencian mereka-mereka ini membuak-buak.
Penyiaran kartun ini adalah langkah mereka yang nyata dan jelas (yang halus dah banyak) untuk merosakkan Islam seperti mana rosaknya Yahudi dan Kristian. Mereka sedang mencuba nasib. Mereka sedang menguji keadaan(test the water). Oleh itu, eloklah kita bangun menunjukkan perasaan kita bahawa masih ada yang peduli, bahawa kita tidak mahu menyertai kelab mereka. Jika kita nampak lemah dan mengalah, maka sudah tentu mereka akan melangkah ke fasa ke II dan semakin hampir kita ke arah kehancuran moral yang makin teruk. Penentangan kita ini bukan sekadar kerana kartun. Ia adalah perjuangan demi masa depan kita.
Comments:
Post a Comment
