Friday, January 13, 2006
Norway Bersiap Sedia Untuk Kiamat?

pemandangan di pulau Spitsbergen
Kerajaan Norway akan menyiapkan sebuah gudang konkrit khas yang dibina di dalam gunung di sebuah pulau 1000km dari kutub utara. Apakah guna gudang khas ini? Ianya untuk menyimpan lebihkurang 2 juta biji benih yang mewakili hampir kesemua jenis tumbuhan bijirin dunia sebagai persiapan bekalan makanan dunia sekiranya berlaku perang nuklear, perubahan cuaca, keganasan, peningkatan paras laut, gempabumi dan terputusnya bekalan elektrik dunia.
Projek ini diterajui oleh "Global Crop Diversity Trust" dan dibiayai oleh kerajaan Norway akan menelan belanja US3 juta. Ianya akan dibina jauh ke dalam sebuah gunung di pulau Spitsbergen dalam perairan Artik Norway. Dindingnya setebal 1m dan akan terdapat dua lapis pintu kedap udara dan tahan letupan.
Mengapakah Norway bersiap-sedia begini sekali dan project ini digelar 'Doomsday Vault"? Apakah mereka mengetahui sesuatu mengenai masadepan dunia yang kita tidak ketahui? Apakah akan terjadi bencana besar ke atas dunia dalam tempoh terdekat sedangkan kita masih sibuk dengan hal-hal remeh temeh duniawi? Semoga berita ini dapat membetulkan perspektif kita mengenai kehidupan dan mengenai apa yang penting dan apa yang melalaikan. Sudahkah KITA bersedia?
Comments:
Post a Comment
