Friday, January 20, 2006

Hala Tuju 



Dalam dunia yang semakin bergerak ke arah bencana seperti perubahan iklim, peperangan, wabak penyakit,masaalah sosial dan bermacam lagi, sungguh hairan semakin ramai yang ingin merenggangkan diri dari kerohanian. Hala tuju dunia, termasuk kawasan kita sendiri, adalah menjauhi kerohanian dan mendekati faham sekular.

Ugama Kristian yang memang sudah lama hilang kehormatannya dan sering dicemuh oleh penganut mereka sendiri semakin kucar-kacir. Yang terbaru adalah mengenai Pope dan Vatican, iaitu kepala Roman Katolik dunia mengulangi sokongan mereka bahawa manusia moden berasal dari beruk secara teori Darwin. Bayangkan ketua ugama menolak kepercayaan manusia ciptaan Yang Maha Esa yang mempunyai dua komponen, roh dan jasad!

Bukan saya mahu menitiskan airmata untuk Kristian, tetapi saya bimbang hala tuju ini juga semakin menular dalam pemikiran umat Islam, terutama di negara kita. Semakin hari semakin banyak isu-isu yang melambangkan bahawa hala tuju kita adalah menjauhkan minda dari pemikiran rohaniah. Malah, pemikiran terkini adalah Islam hanya untuk kemajuan duniawi dan kita mesti memilih unsur-unsur yang duniawi sahaja. contohnya, banyak diperkatakan mengenai ekonomi, teknologi dan budaya Islam, tetapi sudah tidak ada perbincangan mengenai akhirat, syurga, neraka, dosa, pahala, malaikat, sifat Allah SWT dan sebagainya. Peringkat kedua nanti adalah pemikiran bahawa tiada perbezaan antara ugama dan pengecilan kuasa penguatkuasa Islam yang memang telah lama terpencil. Kini ada ura-ura untuk membolehkan mahkamah sivil menukar keputusan mahkamah syariah.

Seperti yang saya katakan, dalam dunia yang semakin getir ini, sepatutnya kita semakin akur dengan segala perintah Allah SWT, bukannya semakin menjauhkan diri. Apakah kita tidak ingin menukar hala tuju kita?


++++++++++++++

Comments: Post a Comment