Thursday, January 05, 2006

Bermegah-Megah 


beramai-ramai memegang kuih bulan terpanjang di dunia

Maafkan saya kerana lama tak update. Ini kerana cuti dan kesibukan melampau. Alhamdulillah, hari ni ada lapang sikit.

Saya masih kurang senang dengan sikap orang Islam seluruh dunia, khasnya di Malaysia yang suka menyambut pertukaran tahun Masihi(kelahiran Nabi Isa) lebih dari menyambut awal Muharram. Malah, ada seorang pemuda Melayu di pejabat yang apabila saya menyebut hal ini, dia baru tahu bahawa Awal Muharram atau Maal Hijrah itu adalah sambutan tahun baru dalam Islam. Betapa kita semua sudah kena "psycho"...

Lagi satu saya perhatikan, masih ada sikap bermegah-megah tak tentu pasal
(syok sendiri) pada sesetengah pihak untuk menganjurkan sesuatu untuk memecah rekod umpamanya seperti belayar solo, berenang merentasi selat, kuih bulan terpanjang, mengatur duit syiling terbanyak dan bermacam-macam lagi. Saya amat bersetuju dengan tulisan Mah Chee Wah dalam The Star hari ini bahawa wang rakyat yang dibelanjakan tersebut lebih baik disalurkan terus kepada pihak yang amat memerlukan. Dia memberi contoh tentang perbelanjaan ekpedisi ke Piramid untuk meletak bendera terbesar lebih baik diberi kepada nelayan mangsa tsunami yang kini terpaksa membayar balik pinjaman yang telah diberikan. Tulisannya adalah berikut:-

"
Forget the stunt, help our fishermen

I REFER to Wong Chun Wai's On The Beat column, “We need to tower in areas that matter”, (Sunday Star, Jan 1).

Wong has articulated well the core issue involving the reported expedition to Egypt to make a bid at covering the Great Pyramid of Giza with a giant national flag.

It is obvious that it is a thinly disguised attempt to go on a holiday at taxpayers' expense.

But it was reported that fishermen given loans after the tsunami were asked to start repayment with some as little as RM16 a month, “Fishermen told to start repaying loans” (The Star, Dec 27).

We should help the fishermen.



MAH CHEE WAH,
Kuala Lumpur.

"

Saya amat bersetuju. Masyarakat dunia menilai kita dengan perbuatan-perbuatan baik, bukan dengan aksi-aksi yang tak mendatangkan faedah ala Fear Factor atau Guiness World Record. Jika adapun rakyat Malaysia yang mahu melakukan sesuatu ekspedisi atau memecahkan rekod, biar mereka menggunakan perbelanjaan sendiri seperti di negara-negara lain. Jangan guna wang rakyat.


++++++++++++++

Comments: Post a Comment