<$BlogRSDUrl$>

Thursday, March 31, 2005

Bumi Dalam Saat Genting 


sekarang mungkin dah gondol......


Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab:"Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan". (QS. 2:11)

Tak nak mengaku. Itulah sifat orang sekarang dalam mengejar "kemajuan". Mereka menjahanamkan mukabumi dengan sifat tamak mereka tetapi bila ditegur, mereka melatah dan mengatakan sipenegur itu anti kemajuan.

Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)

Hidup dalam penafian. Ingin berlumba-lumba sesama sendiri dan memuaskan nafsu tamak mereka. Siapakah mereka ini? Malangnya, jawapannya adalah kita. Kita penduduk dunia moden. Kita, generasi revolusi industri. Kita, penghuni dunia sejak cuma 50 tahun yang lalu. Walaupun ada segelintir yang cuba memberi teguran seperti ulama2 yang tulin, seperti pertubuhan Greenpeace dan ahli-ahli sains yang menyalak bukit, kini semuanya sudah terlambat.

Satu lagi lapuran terbaru ynag dinamakan "Millennium Ecosystem Assessment" hasil kutipan pendapat 1,300 saintis terulung dunia dari 95 negara memberi gambaran yang menakutkan mengenai masadepan terdekat ekosistem bumi ini. Rumusan yang diberi adalah bahawa terdapat enam titik ancaman di mana jika dilepasi, malapetaka global akan berlaku.

1. Wabak penyakit baru
2. Haiwan dan tumbuhan pendatang
3. Penyebaran besar-besaran lumut laut
4. Kemusnahan terumbu karang
5. Kehabisan stok tangkapan ikan laut
6. Pertukaran iklim

Lapuran ini menjangkakan bahawa akan terjadi keruntuhan ekosistem dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan akan menimbulkan konflik(termasuk peperangan demi peperangan) antara negara dalam perebutan hasil alam. Yang paling menakutkan adalah jangkaan bahawa bumi mungkin tidak akan dapat lagi menampung kehidupan generasi anak-cucu kita. Kebuluran, konflik, wabak penyakit. Apakah itu peninggalan kita?

Tidakkah kita merasa malu dengan anak-cucu kita nanti? Bayangkan apa yang mereka akan kata. Kita sayang nenek moyang kita kerana mereka menjaga rapi bumi ini. Bumi yang ditinggalkan kepada kita seperti tidak terusik. Saya masih ingat semasa saya kanak-kanak dulu 30 tahun yang lalu. Hutan, gunung, sungai, laut, ikan,haiwan semuanya seperti yang turun temurun. Apabila masuk era 70'an semua itu mula musnah satu persatu. Alam sekitar yang tidak berubah selama berjuta-juta tahun telah kita musnahkan dalam 30 tahun. Maka tunggulah balasan dari Allah SWT.


++++++++++++++

Wednesday, March 30, 2005

Sehari Selepas 


Nias adalah salah satu tarikan luncur air dunia

Maaf kerana lama tidak menegemaskini kerana saya pergi "outstation". Semasa outstation inilah saya medapat tahu tentang gempabumi besar terbaru di Sumatera yang mencemaskan seluruh dunia. Gegaran kali ini, walaupun agak kuat, tidak menghasilkan tsunami besar seperti hujung tahun lepas. Walaupun begitu, dianggarkan lebih dari 330 orang terbunuh di Pulau Nias, Sumatera akibat gempabumi ini.

Jika diteliti, ada satu yang pelik mengenai "timing" dua gempabumi besar ini. Yang terjadi tahun lalu, berukuran 9.0 Richter, terjadi pada 26 Disember, iaitu satu hari selepas Krismas. Yang baru-baru ini, berukuran 8.7 Richter, terjadi pada 28 March, iaitu satu hari selepas Easter, satu lagi hari besar untuk orang Kristian. Jika Krismas disambut oleh orang Kristian sebagai tarikh lahir Nabi Isa, Easter di sambut sebagai hari Jesus "dihidupkan semula". Ianya disambut pada 27 March tahun ini. Pada hari Easter, orang Kristian akan berpakaian cantik serba baru dan akan berpesta. Kanak-kanak akan meraikannya dengan permainan "easter egg" dan "easter bunny".

Mungkinkah ada yang mesej dari Allah SWT yang tersirat dalam pemilihan dua tarikh ini? Apakah ini lambang kemurkaan Allah SWT terhadap penolakkan kebenaran Al Quran dan pegangan pendapat bahawa Nabi Isa itu adalah anak tuhan yang mati disalib? Atau, adakah ini mesej untuk orang-orang Islam sendiri supaya cepat sedar dan jangan terikut-ikut dengan fahaman barat yang mengatakan bahawa kejadian tsunami tempoh hari adalah kuasa alam semulajadi dan bukan dari Allah SWT?

Mungkin ada yang bertanya mengapa mesej ini dalam bentuk bencana alam yang terjadi di sebuah negara Islam? Jawapannya, jika ianya terjadi di Vatican, tentu terlalu ketara kebenaran Islam itu, lalu, hidup ini yang sebenarnya ujian keimanan dan ketaqwaan, bukan lagi menjadi ujian. Ini adalah seoalah-olah soalan peperiksaan yang bocor. Walaupun begitu, mesej2 halus begini masih boleh dibaca oleh orang-orang yang mahu berfikir. Bagi yang telah hanyut, bencana ini semua tak lain tak bukan hanyalah "A Force of Nature".


++++++++++++++