Wednesday, December 07, 2005

ULAMA TIDAK DIPERDULIKAN 

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu(sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada Fasihnya).

Di mana-mana saya membaca berita, kebanyakkannya mencerminkan kita sedang cepat menuju pengakhiran zaman. Peperangan, taufan, banjir, gempabumi, kekacauan, wabak penyakit semuanya semakin menjadi-jadi.

Tetapi, perubahan juga berlaku pada hati manusia. Konsep "segalanya wang" telah menurap masuk ke dalam ramai orang, dan nyata sekali di negara kita sendiri. Tiada lagi berbuat sesuatu hanya kerana keikhlasan. Menderma pun mesti dibalas balik dengan sesuatu. Tiada satu syarikat menderma kepada rancangan "Bersamamu" contohnya tetapi menolak untuk diiklankan jenama mereka di kaca TV.

Begitu juga dengan individu. Telah ramai kini menilai sesuatu mesti dengan nilaian wang. Dosa? Pahala? Syurga? Neraka? Semua itu tak nampak. Tiada nilai. Wang saguhati? Jalan tar baru? basikal baru? Kain batik? Yessss...........Barulah betul...

Sesiapa yang menjaja pahala dan syurga sudah "tidak relevan" lagi. Yang mengajak menjauhi dosa dan neraka, tidak relevan lagi. Dunia sekarang dunia ekonomi dan teknologi. Dunia perdagangan global.

Maka hadis Rasulullah SAW dipermulaan tulisan ini semakin menjadi kenyataan. Dan, kita menapak selangkah lagi ke akhir zaman.


++++++++++++++

Comments: Post a Comment